fbpx

Label kalori di kafeteria, restoran mulai tahun depan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memulakan projek rintis pelabelan menu agar maklumat kalori setiap makanan dipaparkan di kafeteria dan restoran mulai tahun depan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebagai permulaan projek itu akan dilaksanakan di kafeteria dan restoran sekitar Putrajaya sebelum ia diperluaskan ke seluruh negara.

Menurutnya, Bahagian Pemakanan KKM sedang mengenalpasti kafeteria dan restoran yang akan mengambil bahagian dalam projek ini.

“Sajian mereka tidak banyak berubah di rangkaian lain, jadi ini memudahkan pelaksanaan projek,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan seminar Anti Obes City Putrajaya dan pelancaran modul program pengurusan berat badan di sini pada Rabu.

Hadir sama, Datuk Harjeet Singh.

Beliau berkata, segala persediaan termasuk maklumat pemakanan akan disediakan KKM bagi memudahkan pengusaha kafeteria dan restoran.

“Mereka juga tidak perlu membelanjakan duit untuk mendapatkan konsultan bagi melabelkan menu-menu yang dijual,” katanya.

Khairy berkata, projek rintis yang dijadual berjalan sekitar enam bulan hingga setahun itu akan dinilai sebelum Dasar Pelabelan Menu Makanan putuskan untuk diwajibkan atau sebaliknya.

“Kementerian akan melihat data dan kejayaan polisi ini sebelum membuat keputusan Dasar Pelabelan Menu Makanan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews