fbpx

Piala AFC: 30,000 peminat dijangka serbu Bukit Jalil, esok

Kuala Lumpur: Polis menjangkakan kehadiran 30,000 peminat bola sepak sempena perlawanan akhir Piala AFC 2022 di Stadium Bukit Jalil, esok.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asistem Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam, polis menggerakkan pelbagai jabatan dan unit untuk memantau perlawanan berkenaan.

Menurutnya, polis juga akan menjalankan pemeriksaan di semua pintu masuk stadium bagi memastikan tiada objek atau bahan berbahaya dibawa masuk penonton.

“Barangan yang tidak benarkan dibawa masuk antaranya mercun, bunga api, suar, topi keledar, pen laser, besi kayu, objek tajam, minuman keras, payung dan tongkat.

“Selain itu, penonton juga dilarang membawa pengecas mudah alih (power bank), botol air, pemetik api, mancis, rokok dan rokok elektronik,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, polis juga menasihatkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam ke stadium bagi mengurangkan kesesakan.

Katanya, tindakan akan diambil terhadap sebarang provokasi melampau sehingga boleh mencetuskan kekacauan sama ada ketika perlawanan atau selepas perlawanan tamat.

Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala AFC 2022 esok berlangsung antara Kuala Lumpur City FC menentang Kelab Al-Seeb.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews