fbpx

JPV pantau prestasi syarikat senggaraan aset Maritim Malaysia

Foto: Bernama

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menubuhkan Jawatankuasa Pendaftaran Vendor (JPV) bagi mengawal, memantau dan melaksanakan penilaian berterusan ke atas pembekal yang terbabit dalam perkhidmatan senggaraan serta pembaikan aset agensi itu.

Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Datuk Saiful Lizan Ibrahim, berkata jawatankuasa itu bertanggungjawab memantau kompetensi dan prestasi pembekal, selain bertindak sebagai pusat sumber bagi mengukur serta menilai tahap kompetensi pembekal yang memberi perkhidmatan kepada agensi itu.

“Ini dalam usaha mengurangkan risiko pembaikan tidak berkualiti, sekali gus meningkatkan prestasi perbelanjaan menerusi peruntukan pembaikan Maritim Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini, sebanyak 183 syarikat berjaya didaftarkan dan layak untuk melaksanakan perkhidmatan senggaraan dan pembaikan aset Maritim Malaysia.

Saiful Lizan berkata, syarikat yang diamanahkan untuk melaksanakan kerja senggaraan perlu memberikan perkhidmatan terbaik dalam memastikan kesempurnaan mengikut skop kerja dan disiapkan dalam tempoh ditetapkan. 

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Petanda Verstappen bersara?

London: Ayah Max Verstappen berkata, anaknya mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) selepas dia berjaya ‘mencapai segalanya’ setakat ini. Pelumba Belanda itu mengharungi musim cemerlang

Read More »