fbpx

Kerja bersih pokok tumbang di landasan MRT, selesai

KUALA LUMPUR: Operasi laluan Transit Aliran Massa (MRT) Kajang kembali seperti biasa selepas kerja pembersihan pokok tumbang di landasan, diselesaikan.

Rapid KL menerusi Facebooknya berkata, kerja-kerja pembersihan selesai dijalankan.

“Perkhidmatan tren sedang diselaraskan dan kekerapan akan kembali normal sebentar lagi.

“Terima kasih di atas kesabaran anda,” katanya.

Terdahulu, Rapid KL memaklumkan perkhidmatan tren antara Stesen Phileo Damansara ke Pusat Bandar Damansara sedang mengalami kelewatan kerana pokok tumbang di atas landasan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews