fbpx

Musiala bakal menyerlah di Piala Dunia

BERLIN: Pemain remaja Jerman, Jamal Musiala mampu menyerlah apabila beraksi untuk negaranya di Piala Dunia Qatar akhir bulan ini.

Musiala, yang membesar di England dan mewakili The Three Lions di peringkat remaja sebelum memilih untuk bersama Jerman, meledak sembilan gol dan membantu enam lagi dalam 15 perlawanan untuk Bayern Munich musim ini.

Pengendali Bayern, Julian Nagelsmann berkata, penyerang muda itu beraksi dengan baik di peringkat kelab dan akan bertambah cemerlang apabila menyarung jersi Jerman di kejohanan empat tahun sekali itu.

“Jamal Musiala sekali lagi membuat umpanan untuk dua gol. Dia beraksi cemerlang di babak pertama dan diharap akan beraksi lebih cemerlang di Piala Dunia serta babak kedua (Bundesliga) musim ini.

“Dia menurut arahan, juga mahu mengukuhkan pertahanannya dan ia menunjukkan peningkatan.

“Kakinya cukup lincah, seperti ‘kaki ular’ – bola seakan melekat di kakinya,” kata Nagelsmann selepas kemenangan 2-0 di Schalke.

Musiala adalah pemain Bayern termuda mencapai perlawanan Bundesliga ke-100 – pada usia 19 tahun dan 259 hari semalam.

Nagelsmann menurunkan kesemua pemainnya yang terpilih ke Piala Dunia untuk perlawanan menentang Schalke sebagai persediaan ke Qatar nanti.

“Mereka memerlukan rentak untuk Piala Dunia, sebab itu saya memilih untuk menurunkan skuad penuh,” katanya.

Tujuh pemain Bayern membarisi skuad 26 pemain Jerman kendalian Hansi Flick.

Mereka adalah Manuel Neuer, Joshua Kimmich, Leon Goretzka, Musiala, Leroy Sane, Thomas Muller dan Serge Gnabry. – AFP

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews