fbpx

Petanda Verstappen bersara?

London: Ayah Max Verstappen berkata, anaknya mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) selepas dia berjaya ‘mencapai segalanya’ setakat ini.

Pelumba Belanda itu mengharungi musim cemerlang selepas menjuarai kategori Pemandu setahun selepas dia turut memenangi perlumbaan epik dengan Lewis Hamilton.

Musim F1 tamat di Abu Dhabi minggu lalu tetapi gelaran juara sudah pun dimiliki Verstappen pada Oktober di Jepun.

Dengan Ferrari gagal memberikan cabaran manakala Hamilton bersama jentera Mercedes yang tidak kompetitif, Verstappen meninggalkan pencabar terdekat dengan 146 mata.

Dia turut memenangi 15 daripada 22 perlumbaan musim ini untuk memecahkan rekod F1.

Ayah Verstappen, Jos yakin anak berpuas hati dengan kejayannya dan akan meninggalkan sukan itu tidak lama lagi.

Menurutnya: “Dia menyelesaikan semua tugas sekarang terutamanya apabila anda muncul juara. Kemudiannya tekanan berkurangan dan menjadi kurang menarik.

“Bagi Max, saya fikir adalah bagus dia memecahkan rekod dengan semua kemenangan itu dan itu yang paling penting.”

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews