fbpx

Amaran hujan berterusan, ribut petir petang ini hingga Ahad

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung sehingga esok.

Menerusi satu kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan, hujan lebat berterusan dijangka di Kelantan dan Terengganu, manakala hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Kemaman) serta Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan).

Petang ini dijangka ribut petir di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Hujan pula diramal malam ini di seluruh negara kecuali di beberapa kawasan di Sarawak (Kuching, Serian dan Samarahan) dan Sabah (Tawau), manakala ribut petir dijangka di Sandakan dan Kudat.

Esok, hujan dijangka di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan beberapa lokasi di Sabah (Pantai Barat, Sandakan dan Kudat).

Pada petang Sabtu juga, ribut petir diramal di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Pada Ahad, MetMalaysia menjangka hujan pada sebelah pagi di Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa kawasan di Sabah.

Pada petang dan malamnya pula, diramal ribut petir di kebanyakan kawasan di seluruh negara.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews