fbpx

Penyokong England boikot croissant, baguette

LONDON: Penyokong England mula memboikot semua perkara tentang Perancis menjelang pertemuan suku akhir Piala Dunia 2022 antara kedua-dua pasukan, Sabtu ini.

Daripada baguette hingga croissant, peminat Three Lions mahu menjauhkan diri dari adat resam jiran Eropah mereka sebelum ­Gareth Southgate berdepan dengan Didier Deschamps di Qatar.

Menuju terus ke media sosial sejurus kemenangan meyakinkan 3-0 England ke atas Senegal, disusuli kemenangan Perancis ke atas Poland, kempen itu dilancarkan.

Seorang peminat menulis di Twitter: “Kami memboikot croissant sehingga diberitahu kelak.”

Yang kedua berkata: “Sesiapa di England yang ditangkap makan baguette, croissant atau pain au chocolat dari sekarang hingga Sabtu depan harus dibuang ke dalam penjara.”

Orang ketiga bersetuju: “Be­tul, ini perang. Tiada baguette mulai sekarang, Tiada croissant, dan jangan kamu berani melihat macarons.”

England melangkah ke suku akhir selaku pasukan paling banyak menjaringkan gol dalam kejohanan kali ini, namun sedar Perancis yang turun selaku juara bertahan adalah ancaman terbesar mereka.

Penyerang Perancis, Kylian Mbappe telah meledak lima gol di Qatar, menjadikan jumlah ke­seluruhan jaringannya dalam Piala Dunia menjadi sembilan hanya pada usia 23 tahun.

England mempunyai banyak alasan untuk bersikap optimis sebelum pertembungan menentang juara dunia itu, termasuk bakat muda Jude Bellingham, Bukayo Saka dan Phil Foden. – AGENSI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews