fbpx

Pegawai Brazil dikecam lempar kucing

Photo: Getty Images

DOHA: Pegawai media Brazil mengejutkan sekumpulan wartawan selepas memegang seekor kucing sebelum ‘melemparkan’ haiwan berkenaan ke lantai.

Pada ketika itu, pegawai berkenaan berada bersebelahan Vinicius Jr pada waktu insiden berkenaan berlaku.

Vinicius pula sedang menjawab soalan diajukan wartawan ketika seekor kucing melompat ke meja dan bintang Brazil berkenaan hanya ketawa pada waktu sidang media itu.

Namun, pegawai media berkenaan mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan mengangkat kucing itu secara kasar dan melemparkannya ke lantai dari meja sidang media.

Pelayar media sosial turut terkejut dengan tindakan pegawai media berkenaan dengan salah seorangnya menulis: “Kenapa dia melemparkannya???”.

Salah seorang berkata: “Dia tidak seharusnya melemparkan secara sebegitu.”

Yang seterusnya pula berkata: “Kenapa dia mengangkat kucing dengan cara itu… saya harap Brazil tidak menang Piala Dunia sekarang.” – Agensi

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews