fbpx

Rating pemain Harimau Malaya ketika menewaskan Singapura

Foto: Football Association of Malaysia FB

KUALA LUMPUR: Barisan skuad Harimau Malaya mempamerkan prestasi mengagumkan apabila berjaya meraih kemenangan besar 4-1 ke atas Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Keputusan itu sekali gus membolehkan anak buah Kim Pan Gon mara ke separuh akhir Piala AFF 2022 selaku naib juara Kumpulan B dengan mengumpul sembilan mata.

Malah, ia turut menamatkan badi lebih lapan tahun berdepan Singapura selepas kali terakhir pasukan kebangsaan menewaskan skuad Singa dalam Piala AFF pada November 2014.

Berikut adalah rating bagi pemain Malaysia ketika berdepan Singapura.

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed 8/10 – Tidak banyak diuji terutama pada babak pertama, namun Syihan dipaksa bekerja keras pada penghujung perlawanan dengan dia turut menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pemain Singapura.

Quentin Cheng 8/10 – Mengisi kekosongan bahagian pertahan kanan yang ditinggalkan Azam Azmi Murad. Quentin beraksi dengan baik selain turut bekerja keras membantu bahagian serangan.

V Ruventhiran 8/10 – Berjaya memberikan impak di bahagian kiri berbanding ketika berdepan Vietnam sebelum ini dengan dia beraksi sepenuh masa ketika berdepan Singapura.

Sharul Nazeem Zulpakar 8/10 – Walaupun tidak banyak ditekan susulan corak permainan lebih bertahan Singapura, Sharul Nazeem berjaya mematahkan serangan balas Singapura yang diketuai Amy Recha.

Dominic Tan 7.5/10 – Bergandingan dengan baik bersama Sharul Nazeem sebelum dia dikeluarkan pada minit ke-68.

Faisal Halim 7.5/10 – Pergerakan Faisal seakan dikawal rapi pertahanan Singapura, namun dia berjaya membuka peluang kepada pemain lain meledak jaringan.

Stuart Wilkin 9/10 – Beraksi cemerlang di bahagian tengah selain berjaya meledak dua gol dengan dia turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Darren Lok 7.5/10 – Seperti biasa, Darren menjadi antara pemain yang rajin dan sentiasa menekan pertahanan lawan dalam setiap perlawanan. Usaha kerasnya berhasil apabila meledak gol pertama Malaysia, semalam sebelum dikeluarkan pada minit ke-60.

Safawi Rasid 8/10 – Menjadi antara nadi penggerak Harimau Malaya merobek gawang Singapura dengan dia membantu jaringan Darren dan Stuart Wilkin.

Mukhairi Ajmal Mahadi 8/10 – Membentuk gandingan yang baik bersama Wilkin dan Brendan Gan di bahagian tengah dan mendapat kepercayaan Pan Gon untuk beraksi sepenuh masa.

Brendan Gan 8.5/10 – Memainkan watak penting dan bekerja keras untuk kejayaan Harimau Malaya yang mana Brendan turut memikul tanggungjawab sebagai pertahanan.

Pemain gantian:

Lee Tuck 6.5/10 – Beraksi dengan baik selepas dimasukkan pada minit ke-60 dan berjaya membantu Sergio Aguero meledak gol keempat Malaysia.

Sergio Aguero 6.5/10 – Turut dimasukkan pada minit ke-60, Aguero tetap memberi impak kepada jentera serangan apabila berjaya menyumbang jaringan pada minit ke-88.

Fazly Mazlan 6/10 – Memikul tugas berat apabila dimasukkan pada minit ke-68, namun Fazly memainkan peranan yang baik walaupun pintu gol Harimau Malaya dibolosi minit ke-85.

Haqimi Azim Rosli 6/10 – Mempamerkan persembahan bertenaga selepas dimasukkan dengan dia turut terbabit dalam gerakan yang membolehkan Aguero meledak jaringan.

David Rowley 5.5/10 – Dimasukkan pada minit ke-78, tidak banyak yang dapat diberikan Rowley untuk aksi berdepan Singapura.

Fazly Mazlan 6/10 – Memikul tugas berat apabila dimasukkan pada minit ke-68, namun Fazly memainkan peranan yang baik walaupun pintu gol Harimau Malaya dibolosi minit ke-85.

Haqimi Azim Rosli 6/10 – Mempamerkan persembahan bertenaga selepas dimasukkan dengan dia turut terbabit dalam gerakan yang membolehkan Aguero meledak jaringan.

David Rowley 5.5/10 – Dimasukkan pada minit ke-78, tidak banyak yang dapat diberikan Rowley untuk aksi berdepan Singapura.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews