fbpx

Tang Jie-Ee Wei enggan pulang awal

Foto: GLENN GUAN/The Star

Kuala Lumpur: Walaupun akan berdepan pasangan senegara yang kaya dengan pengalaman, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berazam tidak memberi laluan mudah kepada gandingan profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila bakal berentap di pusingan pertama Terbuka Malaysia, Selasa ini.

Menurut Tang Jie, memang sangat penting untuk mereka sentiasa menerapkan mentaliti kemenangan dalam setiap perlawanan yang dihadapi bagi merealisasikan impian beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

“Jika kami mahu layak ke Sukan Olimpik 2024, kami harus yakin dan berjuang habis-habisan. Kami tidak boleh takut untuk bertemu dengan sesiapa saja termasuklah pilihan utama atau kedua,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) semalam.

Ujar Tang Jie, yang akan membuat penampilan keempat pada, Terbuka Malaysia mereka mahu membawa mentaliti kemenangan apabila beraksi di dalam gelanggang.

Tang Jie-Ee Wei antara prospek Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memburu tiket ke Olimpik Paris selain Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing yang kini mendapat bimbingan bekas juara dunia dua kali, Nova Widianto dari Indonesia.

Bagaimanapun, kedua-dua pasangan itu tidak berdepan laluan mudah untuk ke Paris apabila perlu bersaing dengan dua beregu profesional, Kian Meng-Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai yang kini berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Sementara itu, Ee Wei mengakui teruja untuk memulakan cabaran musim baharu di hadapan penonton sendiri di kejohanan bertaraf Super 1000 dan akan memberikan aksi terbaik untuk memastikan kemenangan menjadi miliknya dan Tang Jie apabila menentang Kian Meng-Pei Jing.

“Sudah tentu tiada siapa yang mahu kalah, namun kalah menang adalah perkara kedua kerana yang paling penting prestasi dalam gelanggang.

“Kami berjanji akan berjuang habis-habisan untuk mencipta kemenangan,” kata Ee Wei.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews