fbpx

‘Kami mahu menang, berjuang bersama demi negara’

Foto: Football Association of Malaysia FB

KUALA LUMPUR: “Kami mahu menang,”. Itulah laungan pemain tengah skuad Harimau Malaya, Brendan Gan.

Keazaman tinggi jelas ditunjukkan jeneral tengah skuad kebangsaan itu apatah lagi Malaysia beraksi di hadapan penyokong sendiri dan mereka seharusnya memanfaatkan kelebihan besar ini untuk mendapatkan keputusan positif sebelum berkunjung ke Thailand, Selasa ini.

Tegasnya, mentaliti untuk menang itu sudah terpahat dalam minda setiap pemain dengan semua pemain kini fokus untuk menghadapi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

“Suasana dalam pasukan sangat baik kerana pemain sentiasa berfikiran positif. Dengan semangat juang tanpa berputus asa dan memberikan segalanya untuk pasukan, sikap seperti inilah yang membawa kami sehingga ke separuh akhir.

“Kami berjuang bersama demi negara. Sudah tentu kami mahu menang (menentang Thailand) dan kita akan main menyerang seperti sentiasa dilakukan bagi mendapatkan gol sebanyak mungkin.

“Atmosfera di Stadium Nasional Bukit Jalil juga berbeza dan ini satu perlawanan yang sangat mengujakan. Semoga kemenangan akan berpihak kepada kami,” kata Brendan pada sidang media pra perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Di sebalik semangat dan keyakinan tinggi yang dilontarkan, pemain tengah Selangor FC (SFC) itu tetap mengingatkan rakan sepasukan supaya tetap berwaspada dengan ‘kelicikan’ Thailand.

“Aksi separuh akhir dan bertemu pasukan seperti Thailand sudah tentu menjanjikan aksi yang sukar. Setiap kali berdepan Thailand, mereka ada pemain baharu dan taktikal yang berbeza.

“Pemain mereka juga ada kemahiran individu yang hebat tetapi kita fokus pada pasukan kita. Kita cuba mengawal apa yang boleh kita kawal dan tidak terikut dengan corak permainan lawan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews