fbpx

‘Saya bertanggungjawab, jangan serang pemain’

Foto: Football Association of Malaysia FB

BANGKOK: Wajah sugul pengendali Malaysia, Kim Pan Gon ketika hadir ke sidang media pasca perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2022 tidak menggambarkan perasaan sebenarnya.

Ini kerana jurulatih dari Korea Selatan itu tetap berbangga dengan persembahan pemainnya namun ucapan maaf tetap dititipkan kepada penyokong negara susulan kegagalan mereka mara ke final.

Tegasnya, apa sahaja yang berlaku pada malam ini seharusnya ditanggung olehnya dan bukan salah pemain di atas padang.

“Saya sangat menghargai pemain yang sanggup mengorbankan cuti dan masa bersama keluarga demi skuad kebangsaan.

“Tiada kesalan dan apa-apa rungutan daripada saya untuk Harimau Malaya. Kami akan belajar sesuatu daripada kempen Piala AFF kali ini.

“Mereka mengikut arahan dan mereka berjuang sehingga penghujung. Jika ada masalah, itu adalah kerana saya yang merancang taktikal, strategi dan barisan pemain.

“Anda boleh menyerang saya (dari segi perancangan) tetapi jangan serang pemain,” kata Pan Gon.

Terdahulu, impian Malaysia untuk mara ke final berkecai selepas ditundukkan Thailand 3-0 pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Thammasat, sebentar tadi.

Berkelebihan satu gol daripada aksi pertama, anak buah Pan Gon tidak mempunyai jawapan untuk mengekang asakan Thailand yang mengesahkan tiket ke final Piala AFF 2022 dengan agregat 3-1.

Juara bertahan itu bakal berdepan Vietnam bagi perebutan gelaran ‘Raja ASEAN’.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews