fbpx

LPP, FAMA diarah segera laksana intervensi atasi kekurangan bekalan sayur

KUALA LUMPUR: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diarah mengambil langkah intervensi bagi menyelesaikan kekurangan bekalan sayur.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan di Facebook hari ini, berkata langkah intervensi itu perlu dilakukan segera bagi menambah dan mencukupkan bekalan sayur di negara ini.

Selain itu, katanya sistem data raya akan diwujudkan bagi mendapatkan maklumat secara masa nyata, sekali gus muncul sebagai penyelesaian jangka panjang membabitkan isu berkenaan.

“Sistem berkenaan akan memantau jenis sayur sedang ditanam, jumlah dan lokasi pengeluaran, jumlah import, eksport dan permintaan serta kos pengeluaran.

“Melalui sistem ini, kementerian akan dapat membuat unjuran dan persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya mengulas laporan kekurangan bekalan sayur, antaranya kacang panjang, bendi dan terung.

BH Selasa lalu, melaporkan harga beberapa jenis sayur berdaun dan buah meningkat antara dua hingga tiga kali ganda berbanding sebelum Monsun Timur Laut (MTL).

Kebiasaannya, kenaikan harga berlaku apabila bekalan kurang, tetapi apa yang menghairankan peniaga dan pengguna ialah ia berlaku apabila bekalan sayur di pasaran mencukupi.

Mengenai sistem data raya yang akan dibangunkan, Mohamad mengakui dirinya tidak mahir dalam bidang teknologi maklumat (IT), namun mampu melaksanakan pemantauan menerusi telefon pintar.

“Saya bukanlah mahir dalam bidang IT tetapi jika saya boleh melihat ‘dashboard’ (papan pemuka) sistem melalui telefon pintar, bila-bila masa kita boleh membuat persiapan awal.

“Misalnya, jika kita dah boleh unjur tiga bulan lagi bekalan timun akan berkurangan, maka kita dah boleh minta agensi untuk giatkan tanaman sayuran jenis itu mulai minggu ini.

“Saya yakin ramai anak muda mampu menghasilkan sistem ini. Saya rasa kementerian tiada halangan untuk memberi dana sewajarnya untuk mereka membangunkan sistem ini demi kebaikan semua,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews