fbpx

Maxis sokong usaha sediakan jalur lebar mampu milik

FILE PHOTO: A woman walks past a logo of Maxis at its headquarters in Kuala Lumpur, Malaysia October 3, 2019. Picture taken October 3, 2019. REUTERS/Lim Huey Teng/File Photo

Kuala Lumpur: Maxis menyokong usaha kerajaan menyediakan perkhidmatan jalur lebar mampu milik kepada rakyat.

Dalam satu kenyataan media hari ini, syarikat itu memaklumkan, pihaknya akan mengeluarkan butiran maklumat mengenai Pakej Perpaduan mereka dalam masa terdekat.

“Maxis menerima baik pengumuman Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengenai Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang akan menyediakan akses perkhidmatan jalur lebar mampu milik kepada golongan B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas serta veteran.

“Sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka, Maxis komited untuk memainkan peranan penting dalam menyokong agenda kerajaan untuk menjadikan kesalinghubungan sebagai perkhidmatan utiliti yang asas dan boleh diakses semua,” katanya.

Syarikat telekomunikasi itu berkata, pelaksanaan pakej itu adalah inisiatif penting dan tepat pada masanya bagi membantu rakyat Malaysia kekal di hadapan dalam persekitaran digital untuk manfaat masa lapang, kerja, pendidikan dan hiburan.

Pada Selasa lalu, Fahmi melancarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap bagi membantu golongan sasar mendapatkan perkhidmatan itu pada harga mampu milik iaitu 22 peratus lebih rendah daripada pakej sedia ada.

Beliau berkata, inisiatif itu adalah komitmen Kerajaan Perpaduan bagi menurunkan kos sara hidup rakyat.

Katanya, inisiatif itu akan dilaksanakan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap seperti Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro.

Tawaran jalur lebar berkelajuan sehingga 30 Mbps dengan data tanpa had pada harga RM69 sebulan itu mula ditawarkan pada Mac ini dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews