fbpx

Tubuh Jawatankuasa Kabinet atasi kesesakan lalu lintas

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata mesyuarat pertama jawatankuasa itu akan diadakan awal bulan depan dan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kerajaan akan memberi perhatian serius kepada isu kesesakan lalu lintas ini, dengan penubuhan Jawatankuasa Kabinet, yang akan disertai pelbagai kementerian untuk melihat kepada langkah yang lebih komprehensif dan menyeluruh.

“Kita mengharap satu pendekatan lebih terancang dapat kita gunakan supaya dapat menangani isu kesesakan ini,” katanya pada sidang media di stesen MRT Putrajaya Sentral di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews