fbpx

Turkish Airlines tambah penerbangan mingguan Istanbul-KL pada pertengahan Ogos

KUALA LUMPUR: Turkish Airlines akan meningkatkan kekerapan penerbangan antara Istanbul dan Kuala Lumpur kepada 14 kali seminggu pada pertengahan Ogos, berbanding 10 kali seminggu pada masa ini.

Pengerusinya Prof Dr Ahmet Bolat berkata syarikat penerbangan Turkiye itu memberi penekanan utama kepada Asia Tenggara khususnya Malaysia sempena ulang tahun ke-10 operasinya di Kuala Lumpur tahun ini.

“Tahun lepas 51 juta orang melawat Turkiye termasuk 88,000 rakyat Malaysia. Jadi saya meminta pengurus saya meningkatkan angka itu kepada 200,000 dalam tempoh yang singkat,” katanya kepada pemberita pada majlis “Connect with Turkiye”, di sini pada malam Rabu.

Turut hadir ialah Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.

Bolat berkata Turkish Airlines juga sedang menimbang untuk menambah laluan baharu ke Malaysia bergantung kepada kapasiti pesawatnya.

“Masalah utama kini ialah kekurangan pesawat, dengan beberapa pesawat disimpan oleh Boeing berikutan isu 787,” katanya.

Walaupun dua gempa bumi dahsyat melanda selatan Turkiye dan meragut hampir 50,000 nyawa bulan lepas, Bolat berkata banyak bahagian negara itu tidak terjejas dan bersedia untuk menyambut lebih ramai pelawat antarabangsa.

Sempena Ramadan, beliau berkata syarikat penerbangan itu menawarkan pakej istimewa ke Istanbul untuk pelancong Malaysia.

“Perjalanan pergi balik untuk dua orang pada harga AS$3,300 merangkumi penginapan lima hari di Istanbul. Jika anda menunaikan umrah (semasa Ramadan), anda disyorkan untuk melawat Istanbul sebelum pulang (ke Malaysia),” katanya.

Bolat berkata Turkish Airlines mempunyai kumpulan 400 pesawat yang terbang ke 342 destinasi di lebih 129 negara. Syarikat penerbangan itu merancang untuk menambah 100 lagi pesawat menjelang 2025.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews