fbpx

Kota Kinabalu jadi tumpuan rakyat Malaysia pada Aidilfitri

PETALING JAYA: Bandar raya Kota Kinabalu, Sabah menjadi destinasi utama rakyat Malaysia untuk bercuti sempena cuti perayaan Aidilfitri hujung bulan depan.

Berdasarkan pertumbuhan dalam carian untuk Malaysia bagi daftar masuk pada 23 Mac – 21 April 2023 berbanding 3 April – 2 Mei 2022 Airbnb, berada di tangga kedua adalah Johor Bahru diikuti, George Town, Kuching dan Alor Setar.

Lima bandar raya ini berada dalam senarai teratas carian rakyat Malaysia untuk penginapan melalui Airbnd untuk tempoh Ramadan hingga Aidilfitri nanti.

Menurut kenyataan Airbnb, pelancongan untuk sambutan Aidilfitri yang bakal datang turut mencerminkan corak sama apabila ramai keluarga mula merancang perjalanan mereka.

Airbnb telah mencatatkan pertumbuhan hampir 600 peratus dalam carian untuk daftar masuk di Malaysia bagi tempoh bulan Ramadan.

Sumber: Utusan

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews