fbpx

Lawatan PM ke Arab Saudi: Apa isunya yang dikecohkan?

Photo: Anwar Ibrahim FB

KUALA LUMPUR: Selama tiga hari, setelah hanya empat bulan menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatannya ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac 2023.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata sebaik sahaja Anwar pulang kelmarin, pembangkang membangkitkan tiga isu untuk menunjukkan lawatan perdana menteri dan delegasinya ke Arab Saudi gagal.

Tiga isu tersebut ialah: (i) PM disambut oleh gabenor Jeddah sahaja, (ii) tidak dibawa masuk Kaabah; (iii) tiada pertemuan dengan Raja Salman atau Putera Mahkota Mohammed Salman.

Bagi menyedapkan lagi cerita, mereka membandingkan kejayaan lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Anwar. Kata mereka, ketika Muhyiddin melawat Saudi, beliau dan rombongannya disambut oleh Raja Salman.

Menurut Mohammad Agus, realitinya ialah Muhyiddin mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi hanya setelah setahun menjadi perdana menteri. Hasrat Muhyiddin untuk bertemu Raja Salman secara bersemuka pada Mac 2021 gagal apabila bertemu secara dalam talian sahaja.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews