fbpx

LLM, syarikat konsesi lebuh raya kerjasama laksana sistem pembayaran tol terbuka

Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya untuk melancarkan pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka.

LLM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan itu akan mengambil kira keseluruhan persekitaran sistem tol sedia ada.

“Pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka ini juga adalah inisiatif awal bagi peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang giat diusahakan ketika ini.

“Ini merupakan langkah yang tepat dalam usaha kerajaan memberi pilihan serta kemudahan kepada pengguna bagi tujuan pembayaran tol di lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

LLM turut berharap pengguna lebuh raya memberikan komitmen dan sokongan berterusan untuk penambahbaikan pengoperasian lebuh raya bertol dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada mereka.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews