fbpx

Ikan buntal tidak dibenarkan dijual – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR: Ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya sebenarnya tidak dibenarkan dijual, tegas Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini kerana, kata Ketua Pengarah Kesihatan itu, sebanyak 58 kes keracunan ikan buntal dilaporkan membabitkan 18 kematian yang direkodkan sejak 1985 hingga Mac tahun ini.

Dalam masa sama, jelas beliau, Seksyen 13 Akta Makanan 1983 telah menerangkan dengan secukupnya larangan penjualan mana-mana makanan yang mengandungi atau di atasnya apa-apa bahan yang beracun, berbahaya atau sebaliknya memudaratkan kesihatan.

“Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQD), Kementerian Kesihatan (KKM) telah menghasilkan bahan pendidikan sebagai langkah meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung toksin berbahaya dalam ikan buntal.

“KKM akan terus mendidik orang ramai tentang keselamatan makanan termasuk bahaya memakan ikan buntal.

“Tinjauan yang telah dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQD), KKM pada tahun 2019 menunjukkan 86 peratus responden yang terdiri daripada orang awam, penjual ikan, nelayan dan tukang masak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang bahaya pengambilan ikan buntal,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) selepas makan hidangan ikan buntal di Johor Bharu.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews