fbpx

Siasatan menyeluruh tragedi 4 beradik maut

MUAR: Polis akan menyiasat dari segala aspek termasuk elemen kecuaian dalam kejadian kebakaran yang membabitkan kematian empat beradik di Kampung Sabak Awor, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata pihaknya kini masih menunggu proses bedah siasat yang dijangka dijalankan pada jam 2.30 petang ini, selain menunggu laporan forensik bomba berkaitan punca kebakaran.

Katanya, sebaik laporan diterima kertas siasatan akan dibawa kepada pendakwaraya sekiranya terdapat elemen kecuaian atau jenayah yang tidak disengajakan.

“Sekiranya ada unsur kecuaian dapatan daripada pihak bomba…fokus kita (polis) akan ke arah bawa kertas siasatan kepada pihak pendakwaraya untuk melihat kes sama ada kecuaian atau satu ketinggalan jenayah yang tidak disengajakan.

“Siasatan awal setakat ini tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas dari bahagian dapur namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, di sini hari ini.

Jelas Raiz lagi, pihaknya bersama bomba akan meneruskan program advokasi berkaitan keselamatan kanak-kanak ketika berada di rumah termasuk apabila berhadapan dengan situasi kecemasan

Malam tadi, empat beradik berusia antara tiga hingga lapan tahun terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan dilaporkan maut dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, pada kira-kira jam 7.49 malam,

Pasangan adik-beradik tersebut dikenali sebagai Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3 maut dalam kejadian berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews