fbpx

KPDN jamin bekalan ayam, telur cukup sepanjang Ramadan hingga menjelang Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan ayam dan telur ayam mencukupi sepanjang Ramadan sehingga menjelang perayaan Aidilfitri.

KPDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengeluar ayam dan telur ayam menerusi Persekutuan Persatuan Penternak-Penternak Malaysia (FLFAM) telah memberi jaminan bahawa bekalan ayam dan telur ayam mencukupi.

KPDN juga telah mengadakan libat urus bersama Kementerian Kewangan; Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia serta pihak pengeluar yang diwakili FLFAM bagi memastikan isu bekalan dan harga ayam dan telur ayam dapat ditangani secara holistik.

Menurut KPDN, pihak pengeluar juga telah menyatakan komitmen bahawa mereka akan bekerjasama dengan pihak kementerian bagi menangani sebarang isu gangguan bekalan ayam dan telur ayam di dalam negara dengan menyalurkan segera bekalan ke mana-mana lokaliti yang mengalami gangguan.

Berdasarkan statistik penguatkuasaan berhubung pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam, kementerian melakukan 183,047 pemeriksaan di seluruh negara dan menghasilkan 2,711 kes dengan nilai kompaun berjumlah RM482,400.

Antara kesalahan yang dikesan adalah menjual melebihi harga kawalan, kegagalan mematuhi penandaan harga serta kesalahan lain, menurutnya.

KPDN terus komited membantu rakyat Malaysia MADANI dalam mengurangkan beban akibat peningkatan kos sara hidup.

“Isu kenaikan harga barang yang tidak munasabah akan ditangani bagi memastikan pengguna berada dalam keadaan selesa sepanjang Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya.

Sebanyak enam saluran boleh digunakan untuk menyalurkan maklumat iaitu melalui WhatsApp di talian 019-279 4317 dan 019-848 8000; Portal e-Aduan http://e.aduan.kpdn.gov.mydan talian rasmi 1-800-886-800.

Pengguna juga boleh menghantar emel di [email protected], menggunakan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN dan menghubungi di talian Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 atau 03-8882 6245.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews