fbpx

Isu doktor kontrak dibangkit sejak 2020

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak (HDK) mendakwa pihaknya sudah mula menuntut jawatan petugas perubatan berstatus kontrak diserap ke dalam sistem perjawatan tetap sejak pentadbiran Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada tahun 2020.

HDK dalam ciapannya di Twitter hari ini, berkata pada tahun 2022 sewaktu Kementerian Kesihatan (KKM) di terajui oleh Khairy Jamaluddin, pihaknya menuntut sebanyak 4,053 perjawatan tetap tambahan pada tahun berkenaan.

“Selain itu sebanyak 1,500 perjawatan tetap tambahan setiap tahun bagi tempoh 2023 hingga 2025 serta tuntutan mengenai cuti tugas khas perubatan, tibi, kusta dan barah juga diusulkan.

“HDK berharap kerajaan dapat terus menambah baik secara menyeluruh sektor perkhidmatan kesihatan negara ketika ini,” katanya.

Dalam ciapan berkenaan, HDK kali ini berharap pihaknya dapat turut sama dalam Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC).

“Pembabitan berkenaan adalah penting supaya suara doktor kontrak dan petugas kesihatan secara amnya terus didengari.

“Ia juga membabitkan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal dan Program Pengajian Kepakaran atau Parallel Pathway,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyerapan doktor lantikan kontrak ke jawatan tetap dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh tiga tahun kerana mempertimbangkan implikasi kewangan kerajaan.

Sehubungan itu, katanya, seramai 4,300 daripada 20,333 doktor lantikan kontrak di seluruh negara yang akan diserap ke jawatan tetap secara sekali gus, tahun ini.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews