fbpx

Pemain badminton sekarang tak taksub – Michelle

Kuala Lumpur: Semuanya seakan sudah lengkap buat pemain badminton senior negara untuk menguasai saingan antarabangsa, namun hanya satu perkara tiada dalam diri untuk kekal konsisten iaitu ‘taksub’.

Perkara berkenaan diakui Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai yang menyatakan ketaksuban antara elemen yang tiada dalam diri pemain generasi sekarang.

“Mereka memang bercita-cita tinggi, sentiasa mahukan kejayaan, namun perkara yang tidak ada dalam diri mereka sekarang ini ialah taksub,” katanya ketika ditemui media di ABM, semalam.

Ujar Michelle, atlet zaman sekarang tidak boleh dibandingkan dengan legenda seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David dan Datuk Azizulhasni Awang yang lahir daripada generasi berbeza.

“Mereka adalah ‘baka’ yang berbeza, generasi sangat taksub. Generasi sekarang hanya menganggap bermain badminton hanyalah karier, tapi generasi sebelum itu mahu membina legasi.

“Saya tidak fikir Chong Wei, Azizulhasni memikirkan soal untuk mengejar wang ringgit, tapi untuk membolehkan mereka sentiasa dikenang,” kata Michelle.

Jelasnya, wang ringgit tidak mampu membeli kejayaan dan seseorang atlet jika hanya memikirkan ke arah itu (wang ringgit), pasti akan berdepan masalah.

“Persoalannya sekarang dalam badminton, adakah mereka ingin mengejar wang ringgit atau menjadi pemain terbaik sepanjang zaman di Malaysia.

“Sepatutnya pemain badminton negara harus mempunyai perasaan bersalah pada diri sendiri. Mereka patut rasa bersalah kerana boleh buat (cipta kejayaan) kerana Tuhan sudah memberikan bakat kepada mereka.

“Ini adalah soal keadilan, anda yang harus rasa bersalah kepada diri sendiri, bukan bersalah kepada rakyat atau kami (ABM).

“Jika tidak ada perasaan bersalah kepada diri sendiri, hendak lakukan apa sahaja pun sentiasa terbatas,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews