fbpx

Dua bekas ketua pengarah syarikat swasta disyaki terima rasuah RM100,000 direman

PUTRAJAYA: Dua bekas ketua pengarah sebuah syarikat swasta berkaitan industri getah direman bagi membantu siasatan selepas disyaki menerima rasuah lebih RM100,000 daripada kontraktor bagi mendapatkan projek pembelian mesin dan pembekalan barang.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Dinie Shazwan Shukor terhadap suspek berusia 80-an selama tiga hari mulai sehingga esok (12 Mei) manakala seorang lagi suspek berusia 45 tahun, direman empat hari sehingga Sabtu (13 Mei).

Perintah reman itu juga dikeluarkan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan terbabit di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, pagi tadi.

Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini, kira-kira jam 9 malam tadi, selepas hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek masing-masing dipercayai meminta daripada kontraktor wang suapan berjumlah kira-kira RM83,000 dan RM50,000 bagi tujuan kontraktor mendapatkan projek pembelian mesin pemotong serta barangan perindustrian getah, antara tahun 2019 hingga 2020.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews