fbpx

Gempa bumi sederhana gegar wilayah Chiba Jepun

TOKYO: Gempa bumi dengan bermagnitud 5.4 menggegarkan wilayah selatan Jepun, Chiba pada Khamis, menurut Agensi Meteorologi Jepun, lapor Xinhua.

Menurut agensi cuaca, gempa itu berlaku di selatan wilayah Chiba pada 4.16 pagi waktu tempatan pada kedalaman 40 kilometer (km).

Pusat gempa bumi terletak pada 35.2 darjah utara dan 140.2 darjah timur.

Gegaran turut dirasai di Tokyo namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts