fbpx

Forum HAWANA 2023 bincang kewartawanan era digital, usaha tarik pengiklan

Photo: The Edge Markets

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 selama tiga hari di Ipoh, Perak, akan menghimpunkan penggiat dan pakar industri untuk membincangkan topik mengenai kelangsungan media tradisional dalam era digital, selain usaha menarik hasil pengiklanan pada sesi Forum HAWANA bertajuk ‘Masa Depan Media.’

Forum diadakan pada hari kedua dirasmikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, pagi Ahad ini.

Ketua Pengarang Jakarta Post, M Taufiqurrahman dijangka berkongsi perspektif mengenai kelangsungan media tradisional di Indonesia dan bagaimana media terbabit dapat mengekalkan pengiklannya.

Selain itu, Penasihat Kanan Persatuan Pengiklan Malaysia, Mohammad Kadri Taib pula akan menyentuh mengenai peranan persatuan dalam membantu mengalihkan minat pengiklan terhadap media tradisional dan bagaimana ia dapat menyesuaikan diri serta berinovasi.

Tidak ketinggalan, Ketua Pengarah Radio Television Malaysia (RTM), Suhaimi Sulaiman, yang akan berkongsi pengalaman beliau dalam usaha mentransformasi beberapa stesen televisyen tempatan, kepentingan kewartawanan konvensional dalam era kebanjiran berita palsu, selain kewartawanan digital.

Selain forum, pelbagai aktiviti menarik lain turut menanti pengunjung Karnival Mini HAWANA 2023 pada Sabtu hingga Isnin ini bermula jam 10 pagi hingga jam 6 petang di Concourse 2, Mydin Mall Meru.

Ketua Penyiaran (TV dan Radio) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), D Arul Rajoo berkata, karnival itu akan memaparkan slot interaktif dengan barisan personaliti Bernama, perbincangan padat ‘Pocket Talk’ serta sesi bersama artis dan selebriti tempatan.

“Selain itu, turut diadakan program selama 30 minit dengan pelbagai agensi seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, RTM, CyberSecurity Malaysia, Persatuan Media Sarawak, Jabatan Penerangan, Tourism Perak, Selama Tourism dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews