fbpx

12 keluarga suram, rumah panjang dijilat api

SIBU: Kegembiraan menyambut perayaan Gawai Dayak bertukar duka selepas Rumah Panjang Nyalai di Jalan Dudong yang dihuni 12 keluarga musnah di hari pertama sambutan perayaan Gawai Dayak malam tadi.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibujaya dan BBP Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.49 malam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan rumah panjang jenis kekal setingkat yang dihuni 80 individu itu.

Katanya, pihaknya memulakan kerja-kerja memadam kebakaran dengan menggunakan teknik ‘receo’ yang menggunakan satu aliran air breaching berserta empat nozel 200 kaki.

“Pasukan bomba turut melakukan proses pemadaman kebakaran dengan menggunakan teknik offensive dan defensive bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan berdekatan yang lain,” katanya.

Setakat ini katanya, kebakaran yang berlaku memusnahkan 100 peratus keseluruhan struktur bangunan rumah panjang berkenaan

Katanya, punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami mangsa masih lagi dalam siasatan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews