fbpx

Teman lelaki ugut bunuh, kekasih enggan berkahwin

AMPANG: Keputusan seorang wanita untuk tidak berkahwin dengan teman lelakinya mengundang amarah suspek berusia 39 tahun itu apabila mengugut mahu membunuh mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pada Mac lalu apabila wanita berusia 43 tahun itu menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada teman lelakinya.

Menurutnya, suspek bertindak memaki hamun dan mengugut ingin membunuh mangsa semasa berada di rumahnya di Pandan Jaya.

“Susulan ugutan bunuh itu, polis menahan suspek di sebuah apartmen di Batu Caves, Selangor pada Selasa lepas.

“Kejadian berpunca apabila suspek tidak puas hati kerana mangsa tidak mahu berkahwin dengannya,” katanya pada Jumaat.

Menurutnya, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah.

Katanya, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek adalah negatif.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews