fbpx

Jangan anggap luar bandar tak hadapi isu kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Kenaikan kos sara hidup di negara ini begitu meruncing hingga tidak lagi dapat dibezakan dari segi lokasi, malah rakyat di luar bandar juga berdepan masalah sama walaupun diakui ada sedikit perbezaan.

Profesor Madya Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin mengingatkan antara faktor utama adalah dari aspek pendapatan.

“Walaupun mungkin aspek perbelanjaan itu dilihat agak tinggi di kawasan bandar, dari aspek pendapatan di kawasan bandar, ia mempunyai pendapatan secara relatifnya lebih tinggi daripada jumlah diperoleh masyarakat di luar bandar.

“Ini secara keseluruhannya akan memberikan gambaran lebih menyeluruh berkaitan kos sara hidup, terutama untuk perbandingan antara kawasan di bandar dan juga di luar bandar,” katanya.

Dalam aspek perbelanjaan, Irwan Shah berkata, sukar untuk kita membuat generalisasi untuk kawasan di luar Lembah Klang.

“Misalnya di Kelantan, ada sesetengah kawasan juga mempunyai kos kehidupan agak tinggi seperti di Kubang Kerian kerana barang makanannya juga agak mahal.

“Begitu juga misalnya saya yang tinggal di Kedah. Sebagai seorang bapa mempunyai dua anak, agak sukar sebenarnya untuk mendapatkan perumahan pada kadar bayaran ansuran bulanan RM580 sebulan. Hal ini berlaku di Jitra, bagaimana pula di kawasan seperti Alor Setar?” katanya.

Malah Irwan Shah menegaskan barang keperluan seperti telur dan ayam, sudah menjadi mahal harganya tidak mengira lokasi, sama ada di Lembah Klang ataupun di luar wilayah berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts