fbpx

Puspakom perkenal program PAR, elak pelanggan tertipu manipulasi harga orang tengah

Foto: The Borneo Post

Shah Alam: Puspakom Sdn Bhd memperkenalkan program Wakil Pelanggan Yang Diluluskan oleh Puspakom (PAR) bagi mengatasi masalah manipulasi caj perkhidmatan yang dikenakan oleh segelintir orang tengah atau ‘runner’.

Puspakom memaklumkan, lazimnya ramai pelanggan menggunakan khidmat runner atau orang tengah bagi urusan pemeriksaan kenderaan di pusat pemeriksaan, namun ada segelintir mereka yang memanipulasi, mengenakan caj perkhidmatan tinggi dan memberi maklumat palsu kepada pelanggan.

“Pelanggan kemudiannya membuat aduan bahawa Puspakom tidak telus, dan ini memberi persepsi buruk terhadap imej Puspakom,” katanya hari ini.

Justeru, melalui sistem PAR yang diperkenalkan, Puspakom membuat saringan latar belakang akan dijalankan bagi semua orang tengah dengan kerjasama pihak berkuasa dan mereka yang lulus akan didaftar sebagai PAR.

Puspakom menjelaskan, semua pelanggan yang ingin menggunakan khidmat orang tengah digalakkan mendapatkan khidmat PAR melalui senarai PAR menerusi laman web www.puspakom.com.my.

Bagaimanapun, Puspakom mengalu-alukan orang ramai hadir sendiri ke pusat pemeriksaan dan inisiatif itu tidak berniat untuk menafikan hak pelanggan untuk hadir sendiri ke pusat berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts