fbpx

Lelaki pertama bakal didakwa atas kesalahan menghendap

Petaling Jaya: Lelaki dipercayai melakukan gangguan seksual dalam talian terhadap jurugambar wanita pada 2018 bakal menjadi individu pertama yang akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan atas kesalahan menghendap.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi, hari ini, memaklumkan lelaki berusia 37 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam sama ada hari ini atau esok.

Pada 29 Mac lalu, Dewan Rakyat meluluskan pindaan Kanun Keseksaan menjadikan menghendap oleh penghendap (stalker) secara fizikal dan dalam talian sebagai satu jenayah.

Seksyen 507A baharu dimasukkan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk menjadikan perbuatan mengintai sebagai satu kesalahan dan mana-mana individu yang didapati bersalah berdepan hukuman penjara maksimum sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan suspek terbabit sedang menerima rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

Sebelum ini, media melaporkan pihak polis mengesahkan menerima laporan berhubung gangguan seksual dalam talian dihadapi jurugambar wanita pada 2018.

Menerusi satu hantaran di Instagram, baru-baru ini, mangsa berkongsi kisah bagaimana dirinya sering diganggu secara seksual oleh individu bernama ‘Shafiq Rosli’.

Mangsa mendakwa kerap menerima mesej lucah dan video memaparkan suspek berkenaan berkelakuan jelik.

Susulan itu, sebuah media tempatan melaporkan, suspek berkenaan mula mengganggu mangsa sejak 2016 dengan meninggalkan komen di halaman blognya.

Suspek terbabit dikatakan mula menghendap mangsa sejak 2017 malah pernah mengekori mangsa ke sebuah restoran makanan segera dan ke rumah mangsa.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts