fbpx

Sultan Selangor selamat tiba selepas prosedur perubatan di luar negara

Selangor ruler Sultan Sharafuddin Idris Shah. Picture from Facebook @selangorroyaloffice dated June 8, 2021.

Shah Alam: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selamat tiba di tanah air dari menjalani prosedur perubatan di luar negara.

Baginda yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari di sini, hari ini.

“Syukur Alhamdulillah, urusan perubatan Tuanku Sultan Selangor berjalan dengan baik dan lancar. Baginda turut kelihatan sihat dan ceria.

“Patik dan sekalian rakyat senantiasa mendoakan agar Tuanku berdua dilanjutkan usia dalam kesihatan yang baik, kesejahteraan dan keafiyatan.

“Semoga Tuanku kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan, dan kesejahteraan jua. Daulat Tuanku,” kata Amirudin menerusi Facebook rasminya.

Pada 26 Jun lalu, Sultan Sharafuddin memaklumkan baginda akan menjalani rawatan dan pembedahan pada 28 Julai.

Baginda ke London untuk menjalani rawatan dan pembedahan Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP) yang akan diketuai oleh Dr Tev Aho.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts