fbpx

Anwar tiba di Singapura untuk lawatan kerja sehari

Foto: PMO Singapore

SINGAPURA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura, hari ini, untuk lawatan kerja sehari yang padat.

Pesawat membawa Perdana Menteri yang diiringi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Kompleks VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada jam 10.30 pagi.

Beliau disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Kementerian Luar republik itu hari ini memaklumkan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isterinya akan menjadi hos kepada Anwar dan Dr Wan Azizah pada majlis minum petang.

Kali pertama lawatan Anwar sebagai Perdana Menteri ke negara itu adalah pada Januari lalu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berada di Singapura untuk menyertai dua sesi khas pada Sidang Kemuncak Asia ke-10 Milken Institute.

Sesi satu jam pertama iaitu A Conversation with the Prime Minister of Malaysia akan dikendalikan oleh pengacara dan ketua koresponden antarabangsa untuk Asia Tenggara, Bloomberg Haslinda Amin.

Kemudian, diikuti dengan sesi 45 minit lagi, Malaysia’s Investment Outlook: A Conversation between YAB Prime Minister and Global Investors dengan Pengerusi Asia Milken Institute, Robin Hu sebagai moderator.

Badan pemikir Milken Institute yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat, adalah badan bukan berasaskan keuntungan dan tidak berpihak, menumpukan kepada mempercepatkan kemajuan untuk kehidupan yang bermakna.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts