fbpx

Laporan nahas Elmina di laman Web Kementerian Pengangkutan esok

EFE/EPA/FAZRY ISMAIL

Kuala Lumpur: Laporan awal nahas pesawat di Bandar Elmina akan dikeluarkan, esok.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, laporan itu akan dimuat naik di laman Web Kementerian Pengangkutan, 10 pagi esok.

“Semua fakta akan ada dalam laporan itu,” katanya yang enggan mendedahkan lebih lanjut.

Loke berkata, laporan itu akan dikeluarkan sebelum Hari Malaysia.

Laporan nahas itu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas insiden terbabit.

Kejadian 17 Ogos lalu di Bandar Elmina, Shah Alam mengorbankan 10 orang, termasuk dua pemandu kenderaan.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts