JOHOR BAHRU: Harga bawang merah, bawang putih dan cili kering yang naik antara 30 hingga 40 peratus menyebabkan pengguna terutama peniaga makanan kian terhimpit.
Tinjauan di sekitar Tampoi dan Masai di sini, mendapati harga bawang merah yang sebelum ini RM5 hingga RM6 sekilogram kini naik kepada antara RM9 hingga RM13.
Bawang putih yang sebelum ini hanya RM5 sekilogram turut naik ke hampir RM9 manakala lada kering yang sebelum ini hanya RM13 sekilogram naik mendadak kepada lebih RM21.
Peniaga nasi campur dan makanan bergoreng, Mohammad Izam Seran, berkata kenaikan harga bawang merah, bawang putih dan lada kering sudah berlaku sejak awal tahun lalu.
Katanya, kenaikan yang konsisten menyebabkan harga bahan mentah berkenaan semakin melambung kebelakangan ini
“Sebenarnya kenaikan harga bahan mentah berlaku kepada hampir semua barang namun paling mendadak adalah bawang besar, bawang putih dan lada kering termasuk beras pula kini.

Sumber: Berita Harian