fbpx

Polis kesan sumber e-mel dakwa ancaman bom di Bank Negara

PDRM's logo (photo for archive ) AZHAR MAHFOF/The Star

KUALA LUMPUR: Polis mengesan pihak yang membuat ugutan mendakwa wujud ancaman bom menerusi e-mel kepada salah seorang pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, bagi mengesan asal usul e-mel berkenaan.

“Ada pegawai BNM menerima e-mel mengatakan ada ancaman bom. Bagaimanapun, selepas membuat tugasan flushing selama lebih dua jam, tiada sebarang bahan letupan ditemukan.

“Jadi kita akan siasat dari mana sumber e-mel itu dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Cyber Security Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan polis menerima laporan ancaman bom di BNM, jam 3 petang.

Susulan itu Unit Pemusnah Bom (UPB) dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pengesanan dan pembersihan, namun tidak menemui sebarang ancaman seperti didakwa.

Terdahulu, tersebar satu mesej mengenai ancaman bom di bangunan BNM dan kakitangannya diminta bekerja dari rumah susulan penutupan sementara pejabat berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts