KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang dalam tempoh lebih panjang dijangka melanda negeri utara Semenanjung Malaysia termasuk kawasan perairan negeri berkenaan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, berdasarkan analisis model cuaca, penumpuan angin yang sedang berlaku di kawasan utara dijangka berlanjutan sehingga Rabu ini.
Justeru, katanya, keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang.
“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.
Sumber: Berita Harian