fbpx

Petaling, KL, Hulu Langat alami gangguan bekalan air berjadual 10 Okt ini – Air Selangor

KUALA LUMPUR: Kawasan Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi, pada 10 Oktober ini.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), gangguan ini berlaku susulan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat.

Katanya, kerja-kerja penyelenggaran dijangka akan siap pada jam 7 malam, hari yang sama.

“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari, 12 Oktober.

“Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat setelah kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan siap dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan,” kata Air Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Air Selangor berkata, pihaknya akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal.

Justeru itu, Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan di seluruh wilayah Air Selangor.

“Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di dua stesen pengisian air yang akan dibuka di Sunway Batu Caves dan Selayang Mutiara.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts