fbpx

Sembilan lelaki didakwa merusuh sehingga menyebabkan kecederaan

MELAKA: Sembilan lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan rusuhan dengan menggunakan senjata termasuk parang hingga mendatangkan kecederaan, dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Jasin, tiga minggu lalu.

Semua tertuduh, P Kogilanathan, 24; A Loges, 30; V Megan, 26; R Thiven, 26; D Mahendran, 43; P Thanabalan, 33; N Murthy, 37; D Thivendran, 33, dan M Kugan, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menggunakan senjata parang, besi dan kayu hingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan badan mangsa dalam kejadian di persimpangan Taman Ayer Merbau, Jasin, jam 12.33 tengah malam, 11 September lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kogilanathan turut berdepan dua pertuduhan lain iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Mahendran serta Murthy dengan menggunakan sebilah parang iaitu senjata yang boleh menyebabkan kematian, di tempat, masa dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan semua tertuduh dikenakan jaminan RM7,000 bagi pertuduhan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, manakala Koginathan dikenakan tambahan jaminan RM12,000.

Mahkamah menetapkan 7 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews