fbpx

Putuskan bekalan elektrik konsert jika buat perkara tidak senonoh – Nie Ching

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) meminta penganjur konsert, terutamanya untuk artis luar negara menyediakan ‘kill switch’ dalam konsert anjuran mereka.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, langkah itu bagi memastikan insiden kontroversi seperti dilakukan kumpulan The 1975 tidak lagi berulang.

Menurutnya, itu adalah sebahagian usaha baharu dilakukan kementerian selain menempatkan anggota polis dan beberapa agensi lain bagi memantau setiap konsert.

“Kami juga telah minta kepada penganjur untuk mewujudkan ‘kill switch’…supaya sekiranya ada apa-apa insiden yang tidak seronok berlaku, boleh kita ‘kill switch’ serta-merta.

“Putuskan elektrik supaya persembahan tersebut tidak boleh dijalankan lagi. Ini adalah garis panduan selepas insiden tersebut.

“Kami harap dengan garis panduan lebih ketat, tkita boleh emasitkan bahwa persembahan dilakukan artis luar negara di malaysia, ikutlah budaya negara kita.

“Sama ada tindakan boleh diambil atau akan diambil terhadap kumpulan itu…itu bukan di bawah kuasa KKD. KKD memang telah senarai hitam mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap soalan Zulkifli Ismail (PN – Jasin) yang bertanya tindakan kerajaan dalam menangani isu kontroversi seperti dicetuskan kumpulan tersebut.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts