Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 390 orang berbanding 332 orang, pagi tadi.
Setakat tengah hari ini, kesemua mangsa banjir membabitkan 100 keluarga itu ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah membabitkan Pasir Puteh, Bachok dan Machang.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu merekodkan mangsa tertinggi iaitu 189 orang, diikuti SK Sungai Petai (64) dan SMK Beris Panchor (43).
Manakala, SK Jelawat serta SK Wakaf Raja masing-masing membabitkan 30 orang, Dewan Kompleks Kamil (29) dan SK Pak Roman (5).
Sementara itu, berdasarkan laman web rasmi Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang berada paras amaran dan Jambatan Melor pula berada pada paras waspada.
Sumber: Harian Metro