fbpx

Gudang syarikat kopi tempatan musnah dalam kebakaran di Melaka

MELAKA TENGAH: Sebuah gudang kopi tempatan hangus dijilat api dalam kejadian di Taman Teknologi Cheng, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.55 malam itu, bagaimanapun, tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Pegawai Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.59 malam menerusi talian MERS 999.

“Apabila pihak kami terima laporan, sepasukan 23 pegawai dan anggota bersama-sama empat jentera dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kita dapati gudang berkeluasan 7,200 meter persegi telah terbakar 90 peratus,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Mengulas lanjut, katanya, kebakaran berkenaan kemudian berjaya dikawal pada pukul 11.05 malam, bagaimanapun operasi sehingga jam 10 pagi Isnin masih diteruskan.

“Setakat jam 10 pagi pasukan bomba masih meneruskan operasi pemadaman bagi memastikan tiada sisa bara yang boleh mengakibatkan keadaan menjadi berbahaya.

“Buat masa ini punca kebakaran gudang ini masih lagi dalam siasatan oleh pasukan forensik bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” tambahnya.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews