fbpx

Mangsa banjir Kelantan meningkat lagi

Anggota polis membantu mangsa banjir di Kampung Chenulang, Kuala Krai hari ini. Foto: Kosmo

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 718 orang sehingga 10 malam ini berbanding 623 orang petang tadi.

Kesemua mangsa daripada 204 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Bachok dan Pasir Mas.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat seramai 354 orang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor (67 orang).

Sementara itu di Pasir Mas pula, mereka ditempatkan di SK Tok Deh di Pasir Mas (232 orang) dan SK Kedai Tanjong seramai 65 orang.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews