fbpx

Tiga sungai lepasi paras amaran, tiga sungai lagi tahap waspada di Pahang

KUANTAN: Paras enam sungai di Pahang, masing-masing tiga sudah melepasi paras amaran dan tahap waspada setakat jam 8 pagi ini.

Tiga sungai yang melepasi paras amaran ialah Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis yang merekodkan bacaan 97.32 meter (m), Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis (81.98 m) dan Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran (27.11 m).

Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai yang melepasi bacaan paras waspada ialah Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera; Sungai Jempol di Rancangan FELDA Jengka, Maran dan Sungai Belat di Sri Damai, di sini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi ini, memaklumkan tiada amaran ribut petir di negeri ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa menasihati orang ramai supaya peka dan berpindah apabila diarahkan berbuat demikian dan mengawasi kanak-kanak bermain di kawasan banjir, sungai, parit dan lombong untuk mengelak kejadian tidak diingini.

“Sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), segala persiapan berjalan lancar membabitkan jumlah keanggotaan dan logistik.

“Jumlah kekuatan keanggotaan seramai 1,193 orang membabitkan pegawai sepenuh masa, pegawai bomba bantuan dan pasukan bomba sukarela dan daripada segi kekuatan logistik pula membabitkan 257 kenderaan termasuk kenderaan marin, lori, kenderaan pelbagai guna, pacuan empat roda dan bas.

“Antara peralatan lain ialah jaket keselamatan, pendayung, lampu suluh, pelampung dan tali untuk operasi menyelamat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts