fbpx

Individu tawar RM5 juta bunuh PM ditahan

Kuala Lumpur: Pemilik akaun TikTok yang melakukan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri ditahan polis di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan.

Pemilik akaun itu sebelum ini memuat naik video menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik. Bagaimana pun, video berkenaan sudah dipadamkan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek berusia 34 tahun itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih di peringkat siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan polis menasihatkan orang ramai suapaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu proses siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Razarudin berkata, pengendali akaun Facebook ‘Cik Mat Cik Po’ itu ditahan Ahad lalu di Kota Bharu.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama empat hari bermula 27 Nivember hingga 30 November ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-man raja dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya.

Menurutnya, polis mengingatkan orang ramai supaya cakna dan prihatin terhadap isu-isu semsitif terutama membabitkan kegentaran awam dan keselamatan negara melalui media sosial.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts