fbpx

PLUS peruntuk RM18 juta naik taraf tandas awam di 31 lokasi lebuh raya tahun ini

Picture by Farhan Najib

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memperuntukkan RM18 juta pada tahun ini bagi menambah baik kemudahan tandas awam di beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol terpilih sepanjang Lebuhraya PLUS.

Menerusi satu kenyataan pada Khamis, PLUS memaklumkan kerja penambahbaikan tandas awam di 31 lokasi merangkumi tujuh kawasan R&R, satu restoran jejantas, 12 hentian sebelah, dan 11 plaza tol terpilih itu sedang giat dijalankan.

Menurut kenyataan itu lagi, tandas awam di kawasan R&R terpilih telah ditambah baik dengan menambah bilangan tandas duduk dan dilengkapi dengan kubikel khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Selain itu, PLUS turut menambah kubikel kanak-kanak, kubikel untuk keluarga, bilik menukar lampin bayi, kemudahan tempat mandi serta landskap untuk pengudaraan dan pencahayaan semula jadi.

“Bagi memastikan keselesaan berterusan pengguna lebuh raya sepanjang tempoh kerja-kerja penambahbaikan dilaksanakan, pengguna lebuh raya boleh menggunakan kemudahan tandas sementara yang telah disediakan.

“Sebagai alternatif, para pengguna juga boleh meneruskan perjalanan ke R&R dan hentian sebelah yang seterusnya untuk akses kepada tandas awam yang masih beroperasi seperti biasa,” tambah kenyataan itu.

Tambahnya, setakat ini, kerja-kerja penambahbaikan tandas awam di 11 lokasi sepanjang Lebuhraya PLUS berjaya disiapkan lebih awal dan sudah boleh digunakan oleh pengguna.

“Bagi meningkatkan keselesaan pengguna lebuh raya pada masa hadapan, PLUS merancang untuk melaksanakan projek naik taraf kawasan-kawasan rehat dan hentian sebelah dari masa ke masa.

“Usaha ini adalah komitmen berterusan PLUS untuk menyediakan perkhidmatan dan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna lebuh raya,” memetik kenyataan itu lagi.

Berikut antara kawasan terlibat untuk kerja penambahbaikan tandas awam:

Kawasan R&R Machap (Arah Utara) Gelang Patah (Kedua-dua Arah), Tapah (Kedua-dua Arah) Gurun (Arah Selatan) Pagoh (Arah Selatan) Restoran Jejantas Sungai Buloh,

Hentian Sebelah Senawang (Arah Selatan) Pedas Linggi (Kedua-dua Arah) Tangkak (Kedua-dua Arah) Bukit Gantang (Kedua-dua Arah) Tikam Batu (Arah Selatan) Alor Pongsu (Kedua-dua Arah), Behrang (Arah Selatan) Kampung Bemban (Arah Utara)

Plaza Tol Tapah, Kajang, Jalan Duta, Simpang Ampat, Sungai Besi, Seafield, Kota Damansara, Bukit Raja, Setia Alam, USJ dan Putrajaya

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts