fbpx

Penuntut U kena tipu RM38,000

Kangar: Penuntut universiti awam kerugian RM38,000 selepas menjadi mangsa penipuan ‘Macau Scam’ akibat terpedaya dengan satu panggilan mendakwanya terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dan sindiket dadah.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa lelaki berusia 20-an terbabit, semalam.

“Menerusi panggilan itu, mangsa diberitahu akan ditahan polis sekiranya gagal memberikan kerjasama bagi tujuan siasatan sebelum diarahkan untuk memasukkan wang berjumlah RM38,000 ke dalam dua akaun bank yang berbeza.

“Arahan berkenaan diberikan oleh suspek yang menyamar sebagai pegawai polis atas alasan untuk semakan duit dalam akaun bank milik mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa yang cemas terus memindahkan wang kepada akaun diberikan.

“Namun, selepas memindahkan kesemua wang seperti diarahkan barulah mangsa sedar dirinya sudah ditipu,” katanya memaklumkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews