fbpx

Polis nafi penahanan lelaki di RCP Sapi Nangoh berkait penculikan

PDRM's logo (photo for archive ) AZHAR MAHFOF/The Star

BELURAN: Polis malam ini menafikan rakaman video yang tular melibatkan pemeriksaan pihaknya ke atas sebuah kenderaan di pusat pemeriksaan darat (RCP) Sapi Nangoh di sini adalah berkaitan kes penculikan.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda berkata video berdurasi 18 saat itu memaparkan sebuah kenderaan cuba mengelak pemeriksaan polis.

“Ketika kejadian, kereta berkenaan telah melarikan diri menuju ke arah Kota Kinabalu semasa pemeriksaan sedang dijalankan di RCP Sapi Nangoh sebelum ditahan pihak polis.

“Suspek yang menaiki kereta tersebut, iaitu seorang lelaki tempatan, kemudiannya cuba melarikan diri daripada sekatan jalan ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata suspek kemudian berjaya diberkas pada hari sama di tempat kejadian selepas dia berpatah balik untuk menyerah diri.

“Tangkapan pada kira-kira 5 petang itu turut melibatkan rampasan sebuah kereta jenis Perodua Aruz berwarna hitam oleh pihak polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya.

Kasim berkata lelaki itu turut disyaki mengambil dadah dan ujian saringan air kencing akan dijalankan.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews